KENANGAN, PENGALAMAN, KERINDUAN

Al-kisahnya, after habis study diploma aku apply la kerja. Saje je ar try cuba test, then di panggil interview. Tak lama lepas tu dapat ar kerja as GSTT. Jadi cikgu katekoo, memang ambition pun, tercapai gak walaupun kontrak setahun. Aku pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin.

First sekolah mengajar, Sek Men Keb Palong 11 (F). Aku pun lapor diri 22.1.2009. Mula-mula tu tumpang rumah mak cik dekat palong 11. Lepas tu ulang-alik. Ha, nak tau aku ajar subjek apa? BI (English Language) beb  Waahhhhh, skipping habis. Nasib baik ajar lower form. Fuhhhhh!

SMPSe '09

Tahun 2010, awal tahun aku dapat sambung kontrak mengajar balik dekat sekolah yang sama. Bulan 3 aku dipindahkan mengajar ke Sek Men Keb Palong 7 (F).Dekat dengan rumah aku, tapi segan. SEGAN? KENAPA? aku mengajar di sekolah aku belajar dulu. It's mean ada la lagi cikgu-cikgu aku dulu yang still stay. Lama-lama tu ok, jadi geng dengan dia orang  Aku ajar BI lagi. Ye ar dah dalam kontrak opsyennya, BI.


SMPT '10
Actually, tugas cikgu ni bukan senang. Selain mengajar, banyak lagi tugas yang kene buat. So pengalaman 2 tahun tu betul-betul buat aku tabik spring dengan kerjaya guru ni. Baru aku tau bagaimana rasa bila student tak siapkan homework, nakal & tak dengar kata. Yang paling frust bila result exam mereka ni banyak fail. Sedih la, rasa apa yang kita ajar tu sia-sia je. Kalau student yang nakal tu jangan cakap ar, bawa rotan, denda, marah lai still degil gak. Sampai suara pun jadi serak training vokal tiap-tiap hari   Macam-macam ragam dia orang neh, haiiiii bikin pusing kepala. Ermmm,rindu la pula nak mengajar balik. Tapi rezeki tak ada tahun ni. REDHA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.