Pages

Cerewet, cerewet, cerewet


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama tak post luahan perasaan dekat blog. Hari ni nak sangat-sangat post luahan ini. Macam mengidam pulak kan. Alhamdulillah, saya dah jadi ibu, tanggal 27 Julai 2012 lalu saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan di Hospital Serdang. Sekarang, dah 7 bulan my little khalifah dan semakin lasak. Oh ye, nama anak saya ialah Ainul Mardhiah bt Rozainie Ekhwan. Maksud Ainul Mardiah adalah mata yang diredhai. Saya sendiri pilih nama itu sebab itu adalah nama seorang bidadari paling cantik di syurga untuk golongan para syuhada. Ada tau orang cakap nama anak saya macam nama orang lama, saya tak kisah pun. 

Ok, berbalik kepada tajuk post. Ye, saya seorang ibu aka ummi yang CEREWET. Siap bold dan capital letter lagi. Kenapa cerewet? Saya cerewet dari segi permakanan anak saya. Yelah, ini kan anak pertama dan mungkin anak tunggal saya satu-satunye. Saya nak lah yang terbaik untuk Dhia. Saya banyak cari info dekat internet, google resepi makanan bayi & makanan yang dia boleh makan ikut peringkat umur. Saya TAK NAK! bagi anak saya makanan yang bukan-bukan. Bukan-bukan dekat sini maksud saya macam makanan ringan ke kan. Saya cukup pantang bila orang kata "Jangan pantang makan.", "Colek kan sikit makanan tu kat mulut dia.". Hello, kalau tak kerana hormat dah lama saya lempang laju-laju. Saya bukan nak pantang-pantang makan dekat Dhia. Nak saya tegas kan di sini, saya beri makanan pelengkap pada Dhia sesuai dengan umur. INGAT, sistem penghadaman dan usus bayi bukan macam orang dewasa. So, tak semua makanan sesuai dengan bayi terutama dari umur 6 bulan - 3 tahun. 

Makanan pelengkap Dhia sekarang ialah nestum Cerelac & biskut rusk. Ada masa saya akan buat bubur nasi campur kentang, lobak, ayam & sayur sawi. Buah pulak saya bagi epal, betik & pisang dalam bentuk puree. Oh ye, saya ada juga bagi cucuma plus emulsion perisa strawberry sehari sekali 1/2 sudu. 


rujukan saya


contoh jadual makanan bayi 6-3 tahun (1-3 bulan tu 1-3 tahun tau)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.