AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR

Setiap malam apabila anak tidur,

~ kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. 
~ membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. 
~ Berbisiklah ditelinga anak dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
~ Ayah atau ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

share dari : Pilihan Humaira- Online Store

MENENDANG SUDAH

Hoiyeeeaa. I can feel my little baby is kicking inside. Alhamdulillah. Excited sangat, lebih-lebih lagi dia beri respon bila aku tekan dekat kedudukannya, dia pun tendang. Tu pun sekali je dapat rasa. Sekarang, kerap lah baby menendang. Time aku duduk rehat, baring tengok tv, dapat lah rasa dia duk menendang beberapa kali, kalau duk buat kerja ni ha tak perasan pun. OOO, macam tu rasanya bila baby menendang .
TERUJA sangat.

                 

JANGAN DALAM ISLAM

 
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. 
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.