Pages

Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

MENENDANG SUDAH

Hoiyeeeaa. I can feel my little baby is kicking inside. Alhamdulillah. Excited sangat, lebih-lebih lagi dia beri respon bila aku tekan dekat kedudukannya, dia pun tendang. Tu pun sekali je dapat rasa. Sekarang, kerap lah baby menendang. Time aku duduk rehat, baring tengok tv, dapat lah rasa dia duk menendang beberapa kali, kalau duk buat kerja ni ha tak perasan pun. OOO, macam tu rasanya bila baby menendang .
TERUJA sangat.

                 

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. 
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

RASA APA?


Tempat: Klinik Kesihatan Nilai
Masa/Tarikh: 2 PM / 14 Februari 2012

Nurse: dah rasa baby gerak?
Aku: ermmm, tak tau ar rasa dia gerak macam mana. baby first kan.
Nurse: awak ni mengandung apa ni (gelak besar). lepas tu amik tangan aku tunjuk demo, 1 penumbuk  digeselkan dan dijentik-jentik dekat tapak tangan aku. Ha, macam tu lah rasa dia gerak.(lebih kurang)
Aku: Oooooo, macam tu ke?
       

BABY COMEL

Comel kan :8. Gambar baby comel ni sekarang menghiasi backgroud desktop aku. Al maklumlah, kita ni tengah pregnant. So, kene la melihat perkara yang baik-baik kan. Sebelum ni aku letak gambar kucing.

Kang kalau dah hari-hari aku tatap risau mengenan pulak :[, wallahualam. Oh ya, tahniah kepada my sis in law atas kelahiran puteri sulungnya Farra'lea Rayyana pada 14.2.2012 yang lalu . Wahhh pandai baby lea pilih tarikh kan. 

Farra'lea Rayyana Mohd Firdaus

MENGIDAM

Assalammualaikum...


Mengidam nak naik komuter la (^_^). Haaa, pernah mengidam tak? Beruntung lah orang hamil ni kan. Sebabnya, masa ni lah kita akan menghadapi moment tersebut. Pembawakan budak katanya. Apa mengidam ni sebenarnya ey. Kalau aku yang tengah melalui saat-saat 10 bulan ni adalah keinginan luar biasa terhadap makanan atau sesuatu. Biasanya makanan lah kan. Macam-macam perkara pelik yang diinginkan tak seperti biasa.Tapi aku pulak nak kata mengidam tu pun tak pasti. Sebabnya, bila aku nak kan sesuatu then tak dapat pada masa tu jugak, aku tak kisah. 2, 3 hari lepas tu tak nak dah. Kiranya, kalau aku mengidam tak dapat pun tak pe lah kan. Orang kata, nanti kesian kat anak bila dah lahir, meleleh air liur dia. Tapi setakat  ini apa yang aku nak makan sangat-sangat tu dapat lah walaupun lambat. Sekarang ni kepingin buah rambai dan nak naik komuter. So, pastikan sabtu ni hajat tercapai. AMIN

nak buah rambai!