nak buah rambai! |
MENGIDAM
Assalammualaikum...
Mengidam nak naik komuter la (^_^). Haaa, pernah mengidam tak? Beruntung lah orang hamil ni kan. Sebabnya, masa ni lah kita akan menghadapi moment tersebut. Pembawakan budak katanya. Apa mengidam ni sebenarnya ey. Kalau aku yang tengah melalui saat-saat 10 bulan ni adalah keinginan luar biasa terhadap makanan atau sesuatu. Biasanya makanan lah kan. Macam-macam perkara pelik yang diinginkan tak seperti biasa.Tapi aku pulak nak kata mengidam tu pun tak pasti. Sebabnya, bila aku nak kan sesuatu then tak dapat pada masa tu jugak, aku tak kisah. 2, 3 hari lepas tu tak nak dah. Kiranya, kalau aku mengidam tak dapat pun tak pe lah kan. Orang kata, nanti kesian kat anak bila dah lahir, meleleh air liur dia. Tapi setakat ini apa yang aku nak makan sangat-sangat tu dapat lah walaupun lambat. Sekarang ni kepingin buah rambai dan nak naik komuter. So, pastikan sabtu ni hajat tercapai. AMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.