Pages

I NEED WATER

minum air tuk kesihatan anda
Fuhhhhhhh, lately banyak minum air kosong.Dah duk ulang-alik toilet  Oh ye, aku ada petua nak kongsi bersama about water
  1. Orang kata ar kan, bangun pagi tu basuh muka je tapa jangan kumur @ gosok gigi dulu. Lepas tu minum segelas air. Why? because enzim-enzim yang ada dalam mulut tu boleh membantu sistem pencernaan.
  2. Ha yang ni aku amalkan sebab berkesan pada aku. Bile terasa nak buang air besar kan, minum la segelas air, confirm lancar.
lagi info kepentingn air pada badan kita 





Antara 55 peratus hingga 75 peratus berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh. Dalam keadaan normal tubuh memerlukan antara satu hingga dua liter air setiap hari supaya ia berfungsi secara optimum. Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.

  • Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
  • Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
  • Untuk menyelaraskan suhu badan 24/7
  • Memberi kelancaran pergerakan sendi dan membran
  • Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi ‘mengagihkan’ nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92 peratus kandungan darah ialah air.
  • Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari)

Senarai di bawah menunjukkan bagaimana tubuh boleh kehilangan air.
  • Melalui pernafasan, perpeluhan dan penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter setiap hari.
  • Dalam cuaca panas, perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi membantu menyelaraskan suhu badan dan menjadikan anda berasa selesa.
  • Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.
  • Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau bersenam, anda memerlukan tambahan 1-3 gelas air.
  • Sistem haba berpusat memberi kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.
<inspirasi:mymesra>

2 comments:

  1. (sila baca sampai habis » ) cane nak wat cetu mak lang? hihihih

    ReplyDelete
  2. ha, mak lang br nk suggest kat mak teh.kat write post mak lang gn insert jump break (icon krts koyak) sblh icon insert a video.lbh lnjt g je kat help > Posting & Editing > Creating 'After the jump' summaries

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.