ZURIAT, rezeki yang tak ternilai

Seronoknye dengar berita kengkawan yang baru kawin dah pregnant, my sister in law pun dah pregnant gak.TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH! Aku bila la dapat merasa ye? But aku masih selesa berdua lagi. Suami aku pun ok je. Bila difikirkan semula, ada hikmah tersembunyi yang aku tak tahu. Memandangkan keadaan ekonomi aku dan suami tak kukuh lagi so aku decide untuk tidak memikirkan soal anak dulu. Tak ada siapa yang dah kawin tak nak anak kan, mungkin rezeki tu belum berpihak pada kami lagi. Aku redha jelah. Sebenarnya banyak benda yang aku rancang sebelum ada anak nanti. Aku nak berbelanja untuk diri sendiri puas-puas dulu, antaranya nak melancong dalam dan luar negara, beli rumah dan beli barang-barang yang aku suka. Ha, tak lupa untuk menyimpan juga dan membayar apa-apa hutang yang patut. Kalau dah ada anak nanti mungkin akan terbatas sedikit dan 100% tumpuan hanya untuk anak kan. Dah tak pikir dah pasal diri sendiri. So, selagi Allah tak bagi rezeki itu, aku ambil lah peluang ini untuk mengukukuhkan lagi kestabilan ekonomi aku dan suami.

TERKINI


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Wah, lamanya tak update blog neh. Yelah, sejak kembali bekerja bulan 4 yang lepas.Lansung tak online dah blog, jauh sekali la nak write something. Hari ni, tergerak hati pulak nk post cerita terkini.12 Julai 2011, genap seminggu aku bekerja di tempat baru. Sekarang ni kerja sebagai pembantu tadbir (p/o) dekat USIM,Nilai. Welcome back to Negeri Sembilan!Sebelum tu, aku sempat kerja selama 3 bulan di Plaza Tol Lanchang as Penyelia. Aku terima tawaran kerja dekat USIM sebab government kan. Tapi sedih la nak berhenti time tu,kalau boleh nak la kerja lama kan. Tapi, "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". So, aku dengan rela hati melepaskan kerja di Plaza Tol Lanchang dan terima kerja di USIM. Nasib aku baik sebab rumah dekat nilai dah ada, tak payah dah susah-susah cari rumah sewa & hanya 10 minit dari tempat kerja. Cik abang pulak sanggup ulang-alik dari Batu Caves ke Nilai. So, dapatlah kitaorang berdikari membina mahligai cinta yang lebih kukuh.AMIN.