Pages

MURAH KE MAHAL


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa yang murah ke mahal tu? Cer teka, cer teka. Ok, tak dapat teka kan. Begini ceritanya, anak aku dari dalam hari dah campur susu iaitu susu badan dan formula. Kenapa campur? Sebab susu badan aku tak cukup. Aku bagi Dhia minum Dutch Baby sampai umur 6 bulan. Semasa nak beralih bulan ke 7 bulan, Dhia dah tak ok dengan susu Dutch Baby sebabnya always poo-poo sehari tu sampai 5 kali. Nasib la tak meragam tapi kesian la bila punggung Dhia naik ruam-ruam dan tak selesa bila nak tidur. Kemudian aku tukar ke susu Anmum,  Dhia ok lepas minum susu tu. Memandangkan susu Anmum tu agak mahal, aku beli yang 600g harganya dalam rm47, bertahan seminggu lebih je. Kalau sebulan perlukan 4 kotak mean dah hampir rm200 tak termasuk pampers dan makanan lagi. Fuhh, lari bajet  So, aku decide tukar susu lain. Sekarang ni Dhia minum susu S-26 pulak. 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.