Pages

Dhia, my first experience in pregnancy

Sebelum mengandungkan Dhia, aku pernah keguguran. Masa itu aku kena chicken pop dan kandungan baru 7 minggu.Memang kecewa sangat-sangat tapi aku redha.Tak lama lepas tu, selang sebulan aku disahkan mengandung untuk kali ke-2.Syukur 


Sepanjang tempoh 10 bulan, masa trimester pertama (0-3 bulan), alahan yang aku alami tak teruk sangat, setakat pening-pening dan muntah air je lah. Yang pasti perubahan fizikal la kan, dari perut tu flat ke buncit. Mula-mula berat badan turun naik, bila kandungan dah cecah 4 bulan, berat badan pun terus mencanak naik tapi still konsisten bagi orang yang mengandung.

Semasa nak bersalin pulak, due aku sepatutnya 18/7/2012. Pada 24/7/2012, aku checkup dekat Hospital Serdang sebab dah lewat seminggu tapi aku still tak rasa sakit nak bersalin pun. 3 kali ulang-alik Hospital Serdang check up, hari ke-3 aku dipaksa bersalin secara caesar sebab baby dah berak dalam.Macam mana aku tahu baby dah poo poo, bila doktor sendiri pecahkan air ketuban tengok dah kotor. Demi untuk selamatkan baby, aku akur.


Alhamdulillah, sekarang Dhia dah 7 bulan lebih dan semakin lasak.Perkembangan terkini, Dhia dah boleh duduk dan merangkak. Ingat kan Dhia akan merangkak dulu but dapat duduk pulak. Kalau letak dalam walker, laju je kejar ummi nye sampai dapur, habis semua barang nak dicapai. Seronok sangat dapat tengok perkembangan Dhia dari sehari ke hari.Semoga anak ummi yang cantik ni membesar dengan sihat dan cerdas. AMIN


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.