السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dah lama tak post luahan perasaan dekat blog. Hari ni nak sangat-sangat post luahan ini. Macam mengidam pulak kan. Alhamdulillah, saya dah jadi ibu, tanggal 27 Julai 2012 lalu saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara pembedahan di Hospital Serdang. Sekarang, dah 7 bulan my little khalifah dan semakin lasak. Oh ye, nama anak saya ialah Ainul Mardhiah bt Rozainie Ekhwan. Maksud Ainul Mardiah adalah mata yang diredhai. Saya sendiri pilih nama itu sebab itu adalah nama seorang bidadari paling cantik di syurga untuk golongan para syuhada. Ada tau orang cakap nama anak saya macam nama orang lama, saya tak kisah pun.
Ok, berbalik kepada tajuk post. Ye, saya seorang ibu aka ummi yang CEREWET. Siap bold dan capital letter lagi. Kenapa cerewet? Saya cerewet dari segi permakanan anak saya. Yelah, ini kan anak pertama dan mungkin anak tunggal saya satu-satunye. Saya nak lah yang terbaik untuk Dhia. Saya banyak cari info dekat internet, google resepi makanan bayi & makanan yang dia boleh makan ikut peringkat umur. Saya TAK NAK! bagi anak saya makanan yang bukan-bukan. Bukan-bukan dekat sini maksud saya macam makanan ringan ke kan. Saya cukup pantang bila orang kata "Jangan pantang makan.", "Colek kan sikit makanan tu kat mulut dia.". Hello, kalau tak kerana hormat dah lama saya lempang laju-laju. Saya bukan nak pantang-pantang makan dekat Dhia. Nak saya tegas kan di sini, saya beri makanan pelengkap pada Dhia sesuai dengan umur. INGAT, sistem penghadaman dan usus bayi bukan macam orang dewasa. So, tak semua makanan sesuai dengan bayi terutama dari umur 6 bulan - 3 tahun.
Makanan pelengkap Dhia sekarang ialah nestum Cerelac & biskut rusk. Ada masa saya akan buat bubur nasi campur kentang, lobak, ayam & sayur sawi. Buah pulak saya bagi epal, betik & pisang dalam bentuk puree. Oh ye, saya ada juga bagi cucuma plus emulsion perisa strawberry sehari sekali 1/2 sudu.
![]() |
| rujukan saya |
| contoh jadual makanan bayi 6-3 tahun (1-3 bulan tu 1-3 tahun tau) |

. Cepat-cepat bawa pergi klinik panel aku, doktor pulak tiada, kena tunggu sampai pukul 12.00 pagi. Tak sanggup aku tengok incik suami tahan sakit yang amat sangat tu, aku pun bawa pergi klinik swasta yang lain. Bila doktor periksa, incik suami suspect kena batu karang. Dapat lah cucuk untuk tahan sakit dan ubat tahan sakit. Semalaman aku tak boleh nak tidur, mengenangkan keadaan incik suami
. Mana tak nya, rasa sakit tu tak pun berkurangan walaupun dah kena cucuk. Nak tak nak terpaksa lah dia tahan sakit sampai pagi, pukul 4 pagi amik ubat tahan sakit. Dalam pukul 7 pagi tu barulah rasa sakit tu kurang sikit, baru dapat tidur lena. Hari isnin tu aku ambil cuti rehat. Semoga incik suami cepat sembuh. AMIN
TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH! Aku bila la dapat merasa ye?
Tak ada siapa yang dah kawin tak nak anak kan, mungkin rezeki tu belum berpihak pada kami lagi. Aku redha jelah. Sebenarnya banyak benda yang aku rancang sebelum ada anak nanti.
Aku nak berbelanja untuk diri sendiri puas-puas dulu, antaranya nak melancong dalam dan luar negara, beli rumah dan beli barang-barang yang aku suka.
Ha, tak lupa untuk menyimpan juga dan membayar apa-apa hutang yang patut. Kalau dah ada anak nanti mungkin akan terbatas sedikit dan 100% tumpuan hanya untuk anak kan.
Dah tak pikir dah pasal diri sendiri. So, selagi Allah tak bagi rezeki itu, aku ambil lah peluang ini untuk mengukukuhkan lagi kestabilan ekonomi aku dan suami.


