Pages

KESIAN PADA INCIK SUAMI ( TT __ TT )

Malam ahad yang lalu kira-kira pukul 11.30 malam, incik suami tiba-tiba sakit pinggang sangat-sangat. Masa tu aku dah mula risau tengok keadaan dia yang menahan kesakitan :8. Cepat-cepat bawa pergi klinik panel aku, doktor pulak tiada, kena tunggu sampai pukul 12.00 pagi. Tak sanggup aku tengok incik suami tahan sakit yang amat sangat tu, aku pun bawa pergi klinik swasta yang lain. Bila doktor periksa, incik suami suspect kena batu karang. Dapat lah cucuk untuk tahan sakit dan ubat tahan sakit. Semalaman aku tak boleh nak tidur, mengenangkan keadaan incik suami =(. Mana tak nya, rasa sakit tu tak pun berkurangan walaupun dah kena cucuk. Nak tak nak terpaksa lah dia tahan sakit sampai pagi, pukul 4 pagi amik ubat tahan sakit. Dalam pukul 7 pagi tu barulah rasa sakit tu kurang sikit, baru dapat tidur lena. Hari isnin tu aku ambil cuti rehat. Semoga incik suami cepat sembuh. AMIN 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.