ZURIAT, rezeki yang tak ternilai

Seronoknye dengar berita kengkawan yang baru kawin dah pregnant, my sister in law pun dah pregnant gak.TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH! Aku bila la dapat merasa ye? But aku masih selesa berdua lagi. Suami aku pun ok je. Bila difikirkan semula, ada hikmah tersembunyi yang aku tak tahu. Memandangkan keadaan ekonomi aku dan suami tak kukuh lagi so aku decide untuk tidak memikirkan soal anak dulu. Tak ada siapa yang dah kawin tak nak anak kan, mungkin rezeki tu belum berpihak pada kami lagi. Aku redha jelah. Sebenarnya banyak benda yang aku rancang sebelum ada anak nanti. Aku nak berbelanja untuk diri sendiri puas-puas dulu, antaranya nak melancong dalam dan luar negara, beli rumah dan beli barang-barang yang aku suka. Ha, tak lupa untuk menyimpan juga dan membayar apa-apa hutang yang patut. Kalau dah ada anak nanti mungkin akan terbatas sedikit dan 100% tumpuan hanya untuk anak kan. Dah tak pikir dah pasal diri sendiri. So, selagi Allah tak bagi rezeki itu, aku ambil lah peluang ini untuk mengukukuhkan lagi kestabilan ekonomi aku dan suami.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.