السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Wah, lamanya tak update blog neh. Yelah, sejak kembali bekerja bulan 4 yang lepas.Lansung tak online dah blog, jauh sekali la nak write something. Hari ni, tergerak hati pulak nk post cerita terkini.12 Julai 2011, genap seminggu aku bekerja di tempat baru. Sekarang ni kerja sebagai pembantu tadbir (p/o) dekat USIM,Nilai. Welcome back to Negeri Sembilan!Sebelum tu, aku sempat kerja selama 3 bulan di Plaza Tol Lanchang as Penyelia. Aku terima tawaran kerja dekat USIM sebab government kan. Tapi sedih la nak berhenti time tu,kalau boleh nak la kerja lama kan. Tapi, "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". So, aku dengan rela hati melepaskan kerja di Plaza Tol Lanchang dan terima kerja di USIM. Nasib aku baik sebab rumah dekat nilai dah ada, tak payah dah susah-susah cari rumah sewa & hanya 10 minit dari tempat kerja. Cik abang pulak sanggup ulang-alik dari Batu Caves ke Nilai. So, dapatlah kitaorang berdikari membina mahligai cinta yang lebih kukuh.AMIN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.