Aku ni nama je ada lesen kereta tapi still tak confident lagi nak drive. Ermm, maybe sebab aku tak selalu drive & kereta yang ada, manual. Kalau auto, confident la nak drive. Tapi sekarang ni, aku kena beranikan diri untuk memandu semula kereta sendirian berhad tanpa perlu ditemani cik abang. Memandangkan aku dah kerja semula so wajib untuk aku confident untuk drive ni. Sebelum ni, bila pergi kerja aku drive la sebab cik abang yang hantar kan because aku tak confident lagi nak drive sorang-sorang. Petang tadi, dia tinggal kan kereta, so terpaksa lah aku drive sendiri balik. Takut juga lah, sebab kenderaan banyak waktu petang, time orang balik kerja. Sepanjang perjalanan tak putus-putus selawat . Alhamdulillah sampai jugak rumah dalam masa 1/2 jam. Perjalanan yang sepatutnya makan masa 15 minit sahaja. Bak kata pepatah, "biar lambat asalkan selamat".
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.