PERASAAN TIDAK ADIL


Aku bukan lah seorang blogger yang hebat yang setiap hari dapat menarik beratus - ratus pengikut aka followers setiap hari. Aku masih baru dalam dunia blogging ini. Terbukanya pintu hatiku ketika melihat sister in law aku ada blog. Wahhhh, canggih beb. Mungkin masa itu, aku memerlukan medium untuk mencurahkan segala perasaan agar apa yang terbuku dihati dapat diluahkan untuk meringankan beban bahuku yang memikul.  Bermula dari suka hati dan sekarang ni dah jadi keterujaan yang kurang melampau terhadap blog. Aku mula terfikir nak tambahkan follower aka kenalan sesama blog. Ku sangka kan sejuk hingga ke petang, rupanya panas di malam hari. Niat yang suci ini rupanya sulit untuk di mengerti, maksud aku tak semudah my space atau pun facebook untuk tambah kenalan. Oh ye, aku ada join Faceblog, nak promote blog yang tak seberapa ini. Dengan bersikap seperti  otak ligat memikir tangan menaip aku pun post la 1 wall dekat faceblog dengan harapan ade yang sudi menerima lamaranku menjadi followers ku. Dengan balasan aku akan follow mereka semula. Tapi kenapa ada yang enggan follow aku pabila aku yang dulu follow mereka? Blog aku tak menarik agaknya kan. Aku rasa tak adil lah macam tu. So hargailah followers anda, tunjukkan sikap yang anda juga berminat untuk follow mereka semula. Kalau tak nak, tak perlu susah-susah nak tinggalkan jejak di shoutbox chat ku. Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.