Pages

KEBERANIAN vs CONFIDENT

Aku ni nama je ada lesen kereta tapi still tak confident lagi nak driveO.gif image by edinantox. Ermm, maybe sebab aku tak selalu drive & kereta yang ada, manual. Kalau auto, confident la nak drive. Tapi sekarang ni, aku kena beranikan diri untuk memandu semula kereta sendirian berhad tanpa perlu ditemani cik abang. Memandangkan aku dah kerja semula so wajib untuk aku confident untuk drive ni. Sebelum ni,  bila pergi kerja aku drive la sebab cik abang yang hantar kan because aku tak confident lagi nak drive sorang-sorang. Petang tadi, dia tinggal kan kereta, so terpaksa lah aku drive sendiri balik. Takut juga lah, sebab kenderaan banyak waktu petang, time orang balik kerja. Sepanjang perjalanan tak putus-putus selawat . Alhamdulillah sampai jugak rumah dalam masa 1/2 jam. Perjalanan yang sepatutnya makan masa 15 minit sahajabwahaha.gif image by edinantox. Bak kata pepatah, "biar lambat asalkan selamat".

I AM SUPER.....


First day lapor diri, aku dikenalkan dengan manual atau fail besar di atas. Oleh itu anda perlu memiliki ciri-ciri seorang yang "ulat buku" lah. Ada berani? Aku tak baca pun yang ni, just selak-selak je. Memandangkan ada booklet yang nipis sikit dari yang ini, so aku mentelaah aka study yang tu je. Mula-mula memang tak masuk dalam ingatan pun. Bak kata pepatah, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tapi dah 2 hari aku duk belek booklet tu di tambah dengan penerangan daripada senior, so faham ar 1/2. Kenapa tak faham penuh ye? Hahahaa, give me more time ok. Banyak lagi nak belajar + praktikal. Penyelia tu sendiri kata mula-mula memang ar tapi dah lama-lama nanti mahir la sebab kita hadap kerja yang sama hari-hari.
END   

memo: actually, kehabisan idea untuk mengarang =D~ 

KALAU LAH

klik gambar untuk lebih jelas
Kerana aku sudah mendirikan rumah with tangga batu lah, ada segelintir kawan ku terus menyatakan luahan tanpa melakukan penyiasatan lebih terperinci dan menyatakan aku sudah pregnant? Cuba kalau aku belum lagi married, still single rasa-rasa nye apa yang akan mereka nyatakan pulak? Cer pikir cer pikir. Aku memang sengaja tak nak reply balik komen. Biarkan mereka diselaputi dengan berita gembiraku. Ya, aku bersyukur sangat-sangat dengan rezeki itu setelah 4 bulan menanti penuh kesabaran akhirnya aku akan kembali menempuh semula alam pekerjaan. TAHNIAH AINI 


p/s: thanks for the tahniah wishes, sorry membiarkan anda semua diselubungi misteri 

LAST DAY

Semalam last day aku kerja dekat Finaga Trading Sdn Bhd, company buat printing and construction. Kenapa? Aku resign sebab dapat kerja lain, baru je kerja 4 hari. Nak tau tak, sepanjang hari  bekerja semalam banyak kali aku mengeluh. Terasa lucu pulak di situ. Orang kata kalau mengeluh ni tanda kita ada masalah kan. Yang aku pulak rasa lega sangat, macam release tension. Penangan tak cukup tidur lah tu. Nasib baik tak ada rakan sekerja yang tegur. 
Position aku as a graphic designer tapi untuk sebulan ni bos bagi aku tugas clerk dulu. Selama 4 hari aku kerja ni dah kene marah dengan bos, silap buat bil & typing error buat quotation. Semuanya kerna aku tiada experience kerja clerk and miss communication dengan bos. Untuk kerja baru aku nanti di mana aku akan lapor diri hari Khamis 7.4.2011, hope semua berjalan dengan lancar. Amin

KETIKA ITU

Tiba-tiba rasa nak post picture zaman sekolah dulu. Tiba-tiba rasa rindu menikam kalbu bila teringat kenangan di zaman sekolah. Tiba-tiba jadi terfikir kalau lah ada kuasa untuk memutarkan waktu, nak je kembali ke zaman sekolah. Kenapa? sebab aku nak belajar bersungguh-sungguh lah





Bila tengok picture yang ni pulak, jealous nya. Kenapa? Sebab time ni aku kurus lah  


SEKARANG? Faham-faham aje lah, dulu kecil sekarang dah besar