Pages

LAST DAY

Semalam last day aku kerja dekat Finaga Trading Sdn Bhd, company buat printing and construction. Kenapa? Aku resign sebab dapat kerja lain, baru je kerja 4 hari. Nak tau tak, sepanjang hari  bekerja semalam banyak kali aku mengeluh. Terasa lucu pulak di situ. Orang kata kalau mengeluh ni tanda kita ada masalah kan. Yang aku pulak rasa lega sangat, macam release tension. Penangan tak cukup tidur lah tu. Nasib baik tak ada rakan sekerja yang tegur. 
Position aku as a graphic designer tapi untuk sebulan ni bos bagi aku tugas clerk dulu. Selama 4 hari aku kerja ni dah kene marah dengan bos, silap buat bil & typing error buat quotation. Semuanya kerna aku tiada experience kerja clerk and miss communication dengan bos. Untuk kerja baru aku nanti di mana aku akan lapor diri hari Khamis 7.4.2011, hope semua berjalan dengan lancar. Amin

KETIKA ITU

Tiba-tiba rasa nak post picture zaman sekolah dulu. Tiba-tiba rasa rindu menikam kalbu bila teringat kenangan di zaman sekolah. Tiba-tiba jadi terfikir kalau lah ada kuasa untuk memutarkan waktu, nak je kembali ke zaman sekolah. Kenapa? sebab aku nak belajar bersungguh-sungguh lah





Bila tengok picture yang ni pulak, jealous nya. Kenapa? Sebab time ni aku kurus lah  


SEKARANG? Faham-faham aje lah, dulu kecil sekarang dah besar 

KERJA OH KERJA

31.3.2011 
Today, I have attend work interview at Plaza Tol Temerloh, position as a supervisor and walk in interview at Bentong, position as a graphic designer.