Setiap malam apabila anak tidur,
~ kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali.
~ membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.
~ Berbisiklah ditelinga anak dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.
~ Ayah atau ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.
share dari : Pilihan Humaira- Online Store
MENENDANG SUDAH
Hoiyeeeaa. I can feel my little baby is kicking inside. Alhamdulillah. Excited sangat, lebih-lebih lagi dia beri respon bila aku tekan dekat kedudukannya, dia pun tendang. Tu pun sekali je dapat rasa. Sekarang, kerap lah baby menendang. Time aku duduk rehat, baring tengok tv, dapat lah rasa dia duk menendang beberapa kali, kalau duk buat kerja ni ha tak perasan pun. OOO, macam tu rasanya bila baby menendang .
TERUJA sangat.
TERUJA sangat.
JANGAN DALAM ISLAM
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
share daripada: Hang Jangan Cakap KL dengan aku,mak hang beranak tang mana?
10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing.
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
KESIAN PADA INCIK SUAMI ( TT __ TT )
Malam ahad yang lalu kira-kira pukul 11.30 malam, incik suami tiba-tiba sakit pinggang sangat-sangat. Masa tu aku dah mula risau tengok keadaan dia yang menahan kesakitan . Cepat-cepat bawa pergi klinik panel aku, doktor pulak tiada, kena tunggu sampai pukul 12.00 pagi. Tak sanggup aku tengok incik suami tahan sakit yang amat sangat tu, aku pun bawa pergi klinik swasta yang lain. Bila doktor periksa, incik suami suspect kena batu karang. Dapat lah cucuk untuk tahan sakit dan ubat tahan sakit. Semalaman aku tak boleh nak tidur, mengenangkan keadaan incik suami . Mana tak nya, rasa sakit tu tak pun berkurangan walaupun dah kena cucuk. Nak tak nak terpaksa lah dia tahan sakit sampai pagi, pukul 4 pagi amik ubat tahan sakit. Dalam pukul 7 pagi tu barulah rasa sakit tu kurang sikit, baru dapat tidur lena. Hari isnin tu aku ambil cuti rehat. Semoga incik suami cepat sembuh. AMIN
KOPAK vs KAYA-RAYA
Situasi: hari ini gaji, hoiiyeee!
Si Penegur: aikkk, hari ini gaji dah makan biskut kering? sepatutnya time gaji kena ar makan besar.
Aku: saya memang macam ni, time saya kopak, saya suka makan pizza, mcd, kfc. time saya kaya-raya, saya suka makan biskut kering, cekodok, lempeng.
~dalam hati: ishhh, jangan ar nak samakan selera ibu mengandung ni dengan orang selera besar pulak (lempang kang)~
sedapppp, bila cecah dengan nescafe 3 in 1 |
Aku: saya memang macam ni, time saya kopak, saya suka makan pizza, mcd, kfc. time saya kaya-raya, saya suka makan biskut kering, cekodok, lempeng.
~dalam hati: ishhh, jangan ar nak samakan selera ibu mengandung ni dengan orang selera besar pulak (lempang kang)~
KENE TARIK?
Tempat: Pejabat Am PPP
Tarikh/Masa: 23 Februari 2012 / 1PM
Aku: Puan, saya keluar jap. Nak bayar duit kereta.
Pegawai aku: Ok. Takut kereta kene tarik ke? (sambil gelak)
Aku: A'ah, takut kereta kene tarik.
Pegawai aku: Saya pun tak bayar lagi kereta.(sambil gelak)
Tarikh/Masa: 23 Februari 2012 / 1PM
Aku: Puan, saya keluar jap. Nak bayar duit kereta.
Pegawai aku: Ok. Takut kereta kene tarik ke? (sambil gelak)
Aku: A'ah, takut kereta kene tarik.
Pegawai aku: Saya pun tak bayar lagi kereta.(sambil gelak)
RASA APA?
Tempat: Klinik Kesihatan Nilai
Masa/Tarikh: 2 PM / 14 Februari 2012
Nurse: dah rasa baby gerak?
Aku: ermmm, tak tau ar rasa dia gerak macam mana. baby first kan.
Nurse: awak ni mengandung apa ni (gelak besar). lepas tu amik tangan aku tunjuk demo, 1 penumbuk digeselkan dan dijentik-jentik dekat tapak tangan aku. Ha, macam tu lah rasa dia gerak.(lebih kurang)
Aku: Oooooo, macam tu ke?
BABY COMEL
Comel kan . Gambar baby comel ni sekarang menghiasi backgroud desktop aku. Al maklumlah, kita ni tengah pregnant. So, kene la melihat perkara yang baik-baik kan. Sebelum ni aku letak gambar kucing.
Kang kalau dah hari-hari aku tatap risau mengenan pulak , wallahualam. Oh ya, tahniah kepada my sis in law atas kelahiran puteri sulungnya Farra'lea Rayyana pada 14.2.2012 yang lalu . Wahhh pandai baby lea pilih tarikh kan.
Farra'lea Rayyana Mohd Firdaus |
TUAH DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKK USIM
Inilah kali pertama dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki baby . Aku dapat deep fryer. Lepas ni hari-hari lah goreng french fries tapi perlu 5kg minyak nak penuh kan pan . Sebanyak 115 hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah ni dan hadiah paling besar adalah mesin basuh dan hadiah paling kecil tapi mahal adalah kamera digital.
Yang bestnya cabutan di buat oleh Dato' Naib Canselor USIM dan jadi orang pertama pulak tu dapat cabutan bertuah. Selain itu, staf yang hadir dapat juga elaun kehadiran RM10 dan goodies bag untuk 700 staf yang datang awal. Mesyuarat BKK USIM ni diadakan 2 kali setahun. Oh ye, BKK ni singkatan Badan Kebajikan Kakitangan. Tiap-tiap bulan potong gaji sebanyak RM2 tau. Nanti dapat baby baru boleh lah tuntut hadiah daripada BKK USIM .
MENGIDAM
Assalammualaikum...
Mengidam nak naik komuter la (^_^). Haaa, pernah mengidam tak? Beruntung lah orang hamil ni kan. Sebabnya, masa ni lah kita akan menghadapi moment tersebut. Pembawakan budak katanya. Apa mengidam ni sebenarnya ey. Kalau aku yang tengah melalui saat-saat 10 bulan ni adalah keinginan luar biasa terhadap makanan atau sesuatu. Biasanya makanan lah kan. Macam-macam perkara pelik yang diinginkan tak seperti biasa.Tapi aku pulak nak kata mengidam tu pun tak pasti. Sebabnya, bila aku nak kan sesuatu then tak dapat pada masa tu jugak, aku tak kisah. 2, 3 hari lepas tu tak nak dah. Kiranya, kalau aku mengidam tak dapat pun tak pe lah kan. Orang kata, nanti kesian kat anak bila dah lahir, meleleh air liur dia. Tapi setakat ini apa yang aku nak makan sangat-sangat tu dapat lah walaupun lambat. Sekarang ni kepingin buah rambai dan nak naik komuter. So, pastikan sabtu ni hajat tercapai. AMIN
nak buah rambai! |
Subscribe to:
Posts (Atom)