Pages

KOPAK vs KAYA-RAYA

Situasi: hari ini gaji, hoiiyeee!

sedapppp, bila cecah dengan nescafe 3 in 1
Si Penegur: aikkk, hari ini gaji dah makan biskut kering? sepatutnya time gaji kena ar makan besar.
Aku: saya memang macam ni, time saya kopak, saya suka makan pizza, mcd, kfc. time saya kaya-raya, saya suka makan biskut kering, cekodok, lempeng.
~dalam hati: ishhh, jangan ar nak samakan selera ibu mengandung ni dengan orang selera besar pulak (lempang kang)~

:) :) :) :) :)

KENE TARIK?

Tempat: Pejabat Am PPP
Tarikh/Masa: 23 Februari 2012 / 1PM

Aku: Puan, saya keluar jap. Nak bayar duit kereta.
Pegawai aku: Ok. Takut kereta kene tarik ke? (sambil gelak)
Aku: A'ah, takut kereta kene tarik.
Pegawai aku: Saya pun tak bayar lagi kereta.(sambil gelak)


RASA APA?


Tempat: Klinik Kesihatan Nilai
Masa/Tarikh: 2 PM / 14 Februari 2012

Nurse: dah rasa baby gerak?
Aku: ermmm, tak tau ar rasa dia gerak macam mana. baby first kan.
Nurse: awak ni mengandung apa ni (gelak besar). lepas tu amik tangan aku tunjuk demo, 1 penumbuk  digeselkan dan dijentik-jentik dekat tapak tangan aku. Ha, macam tu lah rasa dia gerak.(lebih kurang)
Aku: Oooooo, macam tu ke?
       

BABY COMEL

Comel kan :8. Gambar baby comel ni sekarang menghiasi backgroud desktop aku. Al maklumlah, kita ni tengah pregnant. So, kene la melihat perkara yang baik-baik kan. Sebelum ni aku letak gambar kucing.

Kang kalau dah hari-hari aku tatap risau mengenan pulak :[, wallahualam. Oh ya, tahniah kepada my sis in law atas kelahiran puteri sulungnya Farra'lea Rayyana pada 14.2.2012 yang lalu . Wahhh pandai baby lea pilih tarikh kan. 

Farra'lea Rayyana Mohd Firdaus

TUAH DI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKK USIM


Inilah kali pertama dapat cabutan bertuah. Alhamdulillah, rezeki baby . Aku dapat deep fryer. Lepas ni hari-hari lah goreng french fries tapi perlu 5kg minyak nak penuh kan pan . Sebanyak 115 hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah ni dan hadiah paling besar adalah mesin basuh dan hadiah paling kecil tapi mahal adalah kamera digital.
Yang bestnya cabutan di buat oleh Dato' Naib Canselor USIM dan jadi orang pertama pulak tu dapat cabutan bertuah. Selain itu, staf yang hadir dapat juga elaun kehadiran RM10 dan goodies bag untuk 700 staf yang datang awal. Mesyuarat BKK USIM ni diadakan 2 kali setahun. Oh ye, BKK ni singkatan Badan Kebajikan Kakitangan. Tiap-tiap bulan potong gaji sebanyak RM2 tau. Nanti dapat baby baru boleh lah tuntut hadiah daripada BKK USIM .