Pages

ASKAR CILIK 3 KETUL

Dalam dah lamo tak memblog tu ha, pojam colek pojam colek dah tigo orang anak hakak. Sorang pompuan duo lelaki. Dokek2 jarak ey teakaw. Hahaaa. Share sikit biodata askar3 ni ar, 
______________________________________________
ANAK NO 1
***********
|| nama: Ainul Mardhiah Binti Rozainie Ekhwan
|| DOB: 27 Julai 2012
|| umur: 4 tahun 7 bulan

ANAK NO 2
***********
|| nama: Rafif Karimul Haq Bin Rozainie Ekhwan
|| DOB: 8 Mei 2014
|| umur: 2 tahun 10 bulan

ANAK NO 3
***********
|| nama: Muhammad Aqil Fayyadh Bin Rozainie Ekhwan
|| DOB: 9 Oktober 2015
|| umur: 1 tahun 5 bulan
_______________________________________________

LAMANYA TAK HUPDATE BLOG!

Assalammualaikum wbt & Salam sejahtera....

Wahhhh lamanya tak update blog, almost 3 tahun. Ni first nukilan untuk tahun 2017. Hari ni, 10 Mac 2017 genap 10 bulan berATKINS!!! yeayyy. Alhamdulillah, syukur sesangat rasa nak melompat sampai ke bintang. Antara kejayaan terbesar dalam hidup bila dapat menentang lele
mak badan dari berat 90kg now 53kg. Allahhuakhbar besarnya nikmat Allah swt bagi. Semoga terus istiqomah & kuat semangat untuk teruskan makan secara sihat & tak makan macam dulu dah, aamiin 💪💪💪



INFO DIET
**********
|| tarikh mula : 10 Mei 2016
|| stage : Atkins fasa 4 ( breastfeeding mom )
|| berat : 90kg ++
|| saiz baju : 2XL/3XL
|| berat terkini : 53kg
|| saiz baju terkini : S
|| total lost ; 37kg ( inch lost > weight lost)
|| status : keep go in atkins (maintain)

Ok, next post nant hakak cite panjang lebor lagi. ✌

MURAH KE MAHAL


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa yang murah ke mahal tu? Cer teka, cer teka. Ok, tak dapat teka kan. Begini ceritanya, anak aku dari dalam hari dah campur susu iaitu susu badan dan formula. Kenapa campur? Sebab susu badan aku tak cukup. Aku bagi Dhia minum Dutch Baby sampai umur 6 bulan. Semasa nak beralih bulan ke 7 bulan, Dhia dah tak ok dengan susu Dutch Baby sebabnya always poo-poo sehari tu sampai 5 kali. Nasib la tak meragam tapi kesian la bila punggung Dhia naik ruam-ruam dan tak selesa bila nak tidur. Kemudian aku tukar ke susu Anmum,  Dhia ok lepas minum susu tu. Memandangkan susu Anmum tu agak mahal, aku beli yang 600g harganya dalam rm47, bertahan seminggu lebih je. Kalau sebulan perlukan 4 kotak mean dah hampir rm200 tak termasuk pampers dan makanan lagi. Fuhh, lari bajet  So, aku decide tukar susu lain. Sekarang ni Dhia minum susu S-26 pulak. 



Dhia, my first experience in pregnancy

Sebelum mengandungkan Dhia, aku pernah keguguran. Masa itu aku kena chicken pop dan kandungan baru 7 minggu.Memang kecewa sangat-sangat tapi aku redha.Tak lama lepas tu, selang sebulan aku disahkan mengandung untuk kali ke-2.Syukur 


JANGAN CABUT!!

Sabda Nabi saw

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” 


(HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


# copy paste